CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 19 September 2011

:: LuAhAn HaTi BuAt SaHaBaT ::

Sahabat ..
Kaulah kawan,
Kaulah musuh,
Kaulah teman saatku kesedihan,
Kau selalu di sisiku di setiap nafasku.
Sahabat ..
Setiap detik jantungku berdetak,
Aku syukur kehadrat Ilahi,
Kerana hadirnya dirimu,
 Menyuluh kegelapan,
Disaat diriku memerlukan teman,
Aku hargai dirimu,
Kerana kau adalah kurniaan,
Yang paling  bernilai buatku.
Sahabat ..
Aku hanya insan biasa,
Yang sentiasa melakukan kesilapan,
Aku juga ingin kau tahu,
Aku adalah insan yang lemah,
Jika selama ini kau menjadi sahabatku,
Kau tetap tidak mengenali diriku yang sebenar,
Kerana itu adalah lumrah kehidupan,
Yang perlu kau tempuhi.
Sahabat ..
Kau adalah sahabatku,
Yang paling aku sayangi,
Kau juga adalah sahabat yang paling aku sanjungi,
Janganlah kau hancurkan persahabatan ini,
Dengan hanya sikap EGO yang ada pada dirimu.
Wahai sahabatku,
Sementara aku masih berpijak di bumi yang rata,
Inginku mengambil kesempatan,
 Untuk memohon kemaafan darimu,
Andaikata,
Selama persahabatan ini terbina,
Aku telah mengguris hatimu,
Akhir kata,
Aku sentiasa berdoa,
Dirimu sentiasa gembira.

ILOVEMYFRIEND <3

0 comments: